Friday, February 26, 2010



What? Apa itu program ADB …

Program ADB ialah program pembangunan diri yang menekankan soal KENAL DIRI dan UBAH DIRI. Untuk mencapai tujuan ini, konsep ‘stick person’ akan diperkenalkan. Ianya sudah pasti akan membawa suatu pengalaman unik, kreatif tapi mudah dalam usaha memahami tujuan program ini.


Why? Kenapa perlu kepada ADB …

Kejayaan seseorang manusia dinilai berdasarkan kepada HASIL yang diperolehi di dalam hidupnya. Seseorang yang mendapat HASIL yang baik di dalam setiap cabang kehidupannya barulah dikatakan seseorang yang benar-benar berjaya.

Untuk mendapat HASIL yang baik, apa yang perlu di buat ialah kita perlu KENAL DIRI & UBAH DIRI. Untuk KENAL DIRI & UBAH DIRI pula, empat soalan berikut perlu difahami dan di ambil tindakan;

Siapakah kita?
Dimana kita sekarang di dalam kehidupan ini?
Kemanakah arah tujuan hidup ini?
Bagaimanakah untuk mencapainya?

ADB bertindak sebagai program ‘Bagaimana Berfikir Dengan Sewajarnya’ dan pembimbing ke arah pencapaian KENAL DIRI & UBAH DIRI ini.


Kandungan ADB

SEBELUM KITA MULAKAN PERJALANAN …

Bahagian 1 : SIAPAKAH  KITA?
1.1   Kejadian Manusia
1.2   Beza Kita
1.3   Gambaran Diri
1.4   Operasi Diri
1.5   Tabiat Diri
1.6   Cara Pandang
1.7   Fikiran Semasa Kita Kecil
1.8   Pengurusan Hati
1.9   Makna Stick Person kepada Kehidupan
1.10  Motif Hidup (Visi, Misi & Nilai Diri)
1.11  Logo Diri Saya

Bahagian 2 : DIMANAKAH  KITA?
2.1  Berubah
2.2  Analisa Dimana Saya Sekarang
2.3  ‘Surat Cinta
2.4  S.W.O.T.

Bahagian 3 : KEMANA TUJUAN KITA?
3.1   Apa Itu Matlamat

3.2   Penetapan Matlamat

Bahagian 4 : BAGAIMANA CAPAI TUJUAN KITA?
4.1    Aktiviti Senipis Kulit Bawang
4.2    Jatuh Cinta Dengan Matlamat
4.3   Meditasi dan Penegasan Diri
4.4   Hukum-Hukum Tuhan
4.4.1   Hukum Getaran dan Tarikan
4.4.2   Hukum Memberi dan Menerima
4.4.3   Hukum Semai dan Tuai
4.4.4   Hukum Sebab dan Akibat       
4.4.5   Hukum Berlawanan
4.5   Pengambil Risiko
4.6   Jangan Berfikir Ke Belakang
4.7  Tawakkal
4.8  Berubah ‘Revisited’
4.9  Drama Kawan Saya dengan Kerjanya
4.10 Susulan ADB 
4.11 Pilihan Di Tangan Saya


Apa yang boleh dicapai melalui ADB?

Selepas menghadiri ADB dan melaksana susulannya, para peserta akan mampu melaksanakan perkara berikut:

1) Anggota kerja jelas mengenai apa yang mahu dicapai di tempat kerja untuk diri beliau sendiri dan matlamat itu juga sejajar dengan apa yang organisasi mahu dari beliau. Usaha ini akan lebih bermakna jika pengurus anggota kerja dan anggota kerja tersebut pernah menghadiri ADB supaya perbincangan dalam penetapan matlamat dapat dijalankan dengan lebih efektif. Matlamat ini sudahnya boleh dijadikan sebagai KPI anggota kerja tersebut. Bila ini dilakukan dengan efektif, komitmen anggota kerja tersebut mudah ditingkatkan.

2) Anggota kerja memahami dan berupaya melaksanakan perancangan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3) Anggota kerja memahami dan berupaya melaksanakan pengurusan masa.

4) Mewujudkan integriti.

5) Mewujudkan kesedaran kepada anggota kerja bahawa maksud kehidupan mesti sejajar dengan Hukum-Hukum Tuhan.


Kayu Ukur ADB

Kayu Ukur berikut boleh digunakan untuk mengukur kemajuan para peserta:

1) Kewujudan Matlamat/KPI individu

2) Kewujudan pelan perancangan mencapai matlamat/KPI

3) Kewujudan bukti susulan seperti email atau minit mesyuarat.

4) Pencapaian/Peningkatan KPI atau pencapaian Matlamat.
.
.
.
Hubungi Saudara Mior Azli Mior Md Isa (019-2245-079 @ sssabasic@yahoo.com) untuk keterangan lanjut.